Ahad, 8 Januari 2012

Tragedi 26 Dicember 2011

Salam u all...sekarang ni aku keseorang di rumah kakak aku macam biasa la keluar makan bersama kekasih hati ye,tengah duk layan dengar radio ikim.fm sambil baring tetiba plak aku teringat tragedi yang menimpa aku pada 26 Dicember 2011 baru-baru ni rasa ye peristiwa yang masih fresh lagi diingatanku yela baru 14 hari kowt peristiwa ni berlaku..

26 Disember 2011 tarikh yang akan aku ingat sampai bila-bila,yang mana pada hari tersebut aku terlibat dalam satu kemalangan pada jam 5.20 petang di Kota Tinggi,Johor (merupakan di kawasan kampung aku sendiri).Memang tak sangka kejadian tersebut boleh berlaku dengan sepantas kilat,aku betul-betul bersyukur kepada Allah kerana dalam kemalangan tersebut tidak membabitkan mana-mana nyawa hanya aku dan kakak ku sahaja yang terlibat dan kami masih selamat.Kemalangan aku ni di ketegorikan sebagai terbabas kerana pada hari kejadian aku sebenarnya nak mengelak sebuah kereta arah bertentangan yang memakan jalan kami,akibat ingin elak tayar kereta sebelah kiri aku jatuh di bahu jalan dan langgar lopak air akibat ye break tak makan dan licin kereta yang dipandu oleh aku terbabas ke kanan jalan.
beginilah rupa kereta yang aku pandu akibat terbabas pada petang tu,
masa ni dah malam baru kereta tersebut dibawa tarik hantar ke bengkel.

Syukur Alhamdulillah nyawa aku dan kakak aku masih panjang tuhan masih memberi peluang kepada kami untuk hidup,aku hanya mengalami luka-luka kecil,bengkak-bengkak dan lebam di badan serta kepala manakala kakak ku agak teruk kerana doktor mengesahkan tulang belakangnya lari dan turun pada kedudukan asal.Selama hampir 2 minggu juga kami sekeluarga ulang-alik ke Hospital.

Alhamdulillah...6 Januari 2012 kakak aku sudah boleh keluar wad dan boleh kembali berjalan seperti sediakala walaupun terpaksa bergantung dengan alat walker frame dan support di badannya.Doktor mengesahkan dalam masa 3 bulan kakak ku boleh berjalan dengan normal seperti sediakala.

P.S:- Berhati-hati apabila memandu dalam keadaan jalan licin dan sentiasa memakai tali pinggang kaledar. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan