Ahad, 8 Januari 2012

CINTA TAK DIUNDANG!!! TERIMA ATAU TIDAK???

hmm pagi ni rasa rajin plak nak update blog and tulis entri-entri terbaru untuk korang semua..pernah tak korang berada dalam situasi yang mana cinta menjadi isu utama dalam kehidupan??? Saat dimana korang perlu menjawab soalan,dimana korang hanya mempunyai 2 pilihan jawapan iaitu 'YA' atau 'TIDAK'.Tidak kira mana satu jawapan yang korang pilih,keduanya akan mengubah hidup korang dan sudah pasti akan meninggalkan satu kesan yang mendalam didalam hati yang mampu diingati sehingga ke hari tua..Ya! tak lain tak bukan "Bolehkah awak jadi teman istimewa saya?"

Pelik bukan hidup ni? kadang kala ketika kita sedang terdesak mencari cinta,cinta tu hilang umpama kita telah ditakdirkan untuk dilahirkan ke dunia tanpa mempunyai cinta hati kita.sehingga membuatkan diri tertanya-tanya kemana perginya cinta didalam dunia ni..tetapi ketika hati sedang gembira dengan hidup yang sedia ada dan tidak lagi mengharapkan cinta di hati,saat itulah cinta merosakkan suasana..kerana jawapan yang diberikan tetap memberi impak yang sama.impak yang membuatkan kita jadi janggal walaupun dalam hati gembira kerana masih ada insan yang sanggup untuk berkongsi cinta mereka tetapi hati tetap mengeluh kerana beratnya ingin menjaga hati orang lain.

Sekiranya jawapannya tidak,pasti keadaan akan jadi lebih janggal kerana sudah pasti si dia yang mengungkapkan pertanyaan tu adalah seseorang yang rapat dengan kita.Sudah pasti setiap kali berjumpa akan mengundang rasa malu,benci dan tidak kurang juga rasa bersalah.Kemudian akan membuatkan suasana sekeliling seolah-olah kekurangan udara membuatkan dada sesak rasa seolaj-olah ingin berlari dari situ.

Namun sekiranya jawapan yang diberi Ya,keadaan akan berubah.Tapi adakah hati benar-benar cinta??? setahun ada 365 hari,setiap hari ada 24 jam,sejam ada 60 minit,seminit ada 60 saat.Mampukah setiap sel didalam tubuh memendam rasa setiap saat untuk 365 hari semata-mata menjaga hati si dia sedangkan hati sendiri menjerit-jerit dan meronta-ronta minta ingin dilepaskan? Atau bercinta hanya menanti saat untuk meminta perpisahan? Bukankah itu lebih kejam??? Renungkan...

Dalam hal ini hati siapakah yang patut merasa pedih dan kecewa? kuatkah hati korang untuk menolak cinta si dia? Lebih-lebih lagi sekiranya si dia adalah yang kita hormati dan seringkali menjadi teman berbicara...kemudian bertanya kepada diri lagi.."Mengapakah berat sungguh dugaan Maha Kuasa ni? Mengapakah korang jadi pilihanNya??? kusut bukan...

"Kau tak boleh ubah orang sekeliling kau.Tetapi kau boleh ubah diri kau apabila kau mengubah diri kau,nescaya orang lain akan turut berubah"-Anonymous

P.S: Kalau aku la kan,aku akan menjaga hati aku daripada jaga hati si dia sebab aku berhak untuk mencari yang terbaik (walaupun bunyi ye mungkin agak kejam) kerana memendam rasa itu umpama barah yang makin memakan diri sendiri.
So,apa pendapat korang...?  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan