Khamis, 23 Februari 2012

23.2.2012 (pergi interview)

Hmm...rasa macam baru semalam masuk bulan February,pejam celik pejam celik dah 23hb.Semalam gaji hari ni mula la bajet senarai mana2 hutang yg perlu dijelaskan utamakan dahulu barulah simpan sikit,shopping sikit (kalau shopping pn aku nk shopping menda sbb aku bukan kaki shopping hahaha).
Baru masuk bulan February taw dah mcm2 isu hangat+hot melanda kat department tempat keje aku skrg,mana silap ye pun,ntah laaa susah nak cakap wei..disebabkan mcm2 masalah timbul kat tempat keje so mood aku nak keje dgn semangat yg baik n happy pun dah mula sepoi dowh.!!!
kena plak skrg ni department aku yg tinggal budak paling senior aku mmg agak rasa sikit sebanyak kena beban keje lebih gak laaa tapi nak tak nak sebagai seorang pekerja so i must tunjuk sebagai pekerja yg elok kan kan...
Semalam pukul 8.04pm memang agak terkejut beruk arrr sebab terima panggilan interview beb mane tak terkejut ye hantar resume isnin tup tup rabu dah terima panggilan,1 lagi yg buat aku terkejut lagi company tu dekat menara berkembar Petronas..Al maklum la selama ni just berangan-angan n tengok dari luar je wei!! korang ingat senang ke nak dapat masuk kat bangunan office berkembar petronas tu,kawalan ketat gilerzzzzzzz siot!!! so far mmg aku rasa bertuah+teruja la dapat masuk walaupun just datang interview je dapat ke tak itu belakang cite la kan ( kalo dpt mmg syukur Alhamdulillah sgt2 kowt!!!)

    (aku interview kat Tower 1 Level 36,tinggi siot!!!)

So far,Alhamdulillah sesi interview petang tadi berjalan dgn lancar,syukur sangat2 sebab penemuduga ye pun caring n tak de la suasana serius sangat so gemuruh aku tak la tinggi sangat hihihi...Kalau di takdirkan rezeki aku ada disini mungkin aku akan terima bergantung juga pada gaji yg di tawarankan oleh syarikat ni la hihihi...tapi aku mmg happy & bertuah arrr dapat masuk office Petronas nie...

Apa2 pun urusan untuk hari ini berjalan dengan sempurna :-)

Rabu, 1 Februari 2012

Selamat Tinggal January...Selamat Datang February

hmm..pejam celik makan tido tup tup dah hari terakhir kita di dalam bulan January kan,rasa macam baru semalam kita melangkah ke tahun 2012 nie.
Baru je lepas cuti perayaan Tahun Baru cina selama 2 hari,cuti lagi besok 1hb February cuti plak (Federal Territory Day) banyak sungguh cuti umum awal-awal tahun ni ye i like hihihi...besok dah masuk February kan,sebut pasai bulan ni saje ler nak kongsi dgn korg pasai 'Rahsia Bulan Kelahiran'.So sapa-sapa yang lahir pada bulan february tu meh baca ada persamaan ke idok dengan korang.

FEBRUARY 
  • sukakan benda yang realiti dan abstrak
  • intilegant,bijak dan genius
  • berpesonality yang mudah berubah
  • mudah menawan orang lain
  • agak pendiam,pemalu dan rendah diri
  • jujur dan setia pada segalanya
  • keras hati untuk mencapai matlamat
  • tidak suka dikongkong dan mudah memberontak
  • suka kegiatan lasak
  • emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
  • mudah mempamerkan amarahnya
  • tidak suka pada benda yang remeh temeh
  • suka berkawan tapi kurang mempamerkanya
  • sangat berani dan suka memberontak
  • bercita-cita tinggi,suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikannya
  • pemerhatian yang tajam
  • suka hiburan dan sukan
  • suka benda yang bersifatkan seni
  • sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
  • bercederung pada benda-benda yang tahyul
  • amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
  • belajar untuk mempamerkan emosi
So,u all yang lahir bulan February ni rasa-rasa ada tak sama dengan fakta diatas???

Rabu, 25 Januari 2012

Samsung Galaxy Nexus

Sebagai pelanggan Digi Internet baru-baru ni pihak Digi telah memperkenalkan pakej DG smartplan bersama Samsung Galaxy Nexus,the world's first Android 4.0 superphone.
Agak teruja juga dengan rupa bentuk dan ciri-ciri Galaxy Nexus ni,kalau korang tak percaya jom layan jap picture-picture kat bawah ni:-

Screen
  • 4.65" HD(1280 x 720) Super AMOLED

  • Contour Display (curved glass

  • Memory

  • Storage: 32GB

  • Memory: 1GB RAM

  • Size (mm)
    67.94 X 135.5 X 9.47 (LTE)
    Camera

  • 5MP continuous auto focus

  • 1.3MP Front

  • LED Flash

  • Zero shutter lag

  • Video recording in 1080p

  • Weight
    145.5 g (5.1 OZ)
    Data

  • LTE/CDMA

  • WiFi

  • Bluetooth

  • Network
    Varies
    USB
    Micro USB
    Features

  • Battery: 1850mAh

  • OS: Ice Cream Sandwich (Android 4.0)

  • CPU: 1.2 GHZ dual core processor

  • Notification: 3 color LED

  • Mics: 2 Mics

  • Buttonless

  • NFC

  • Accelerometer

  • Gyro

  • Compass

  • Proximity/Light

  • Barometer

  • Selasa, 24 Januari 2012

    Cara Mengetahui Si Dia Jodoh Dan Pasangan Kita

    Mesti ada yang masih tertanya-tanya, macam mana nak tahu si dia milik kitakan.So, diharap, dengan entri ni, aku dapat bantu serba sedikit bagi mereka yang masih mencari cara mujarab nak sembuh daripada putus cinta.

    Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7

    GUNAKAN SELURUH PANCAINDERA
    Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi,spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

     10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

    1.BERSAHAJA
    Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
    2.SENANG BERSAMA
    Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan
    3.TERIMA SEADANYA

    Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
    4.SENTIASA JUJUR
    Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
    5.PERCAYA MEMPERCAYAI
    Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
    6.SENANG BEKERJASAMA
    Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
    7.MEMAHAMI DIRI KITA
    Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
    8.TAMPILKAN KELEMAHAN
    Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
    9.KATA HATI
    Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
    10.SOLAT ISTIKHARAH,BERDOA DAN TAWAKAL
    Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Untuk cara melakukan solat istikharah.

    Putus Cinta.!!! Apa Penawarnya???

    Memandangkan isu putus cinta sering berlaku sejak akhir-akhir ni aku tengok & dengar,aku terpanggil nak buat entri ni.Cinta tu memang sweet giler ah.Macam korang makan keropok poni.Tak kisahlah newbie,noob atau otai dalam bidang ni mesti pernah rasa macam mana sakit hati bila putus cintakan…Bak kata aku,cinta ni macam roller coster,ada turun naiknye..

    Dan semakin mencanak perasaan kasih sayang tu,makin sembelit batulah rasa putus cinta tu.Korang yang berani amik risiko bercinta,koranglah kena tanggung yek..Tapi jangan risau,VirgoGirl memang power dalam bidang putus cinta ni sebab aku banyak kali putus cinta.Tapi sekarang kegagalan dah banyak mengajar aku.muahahaha..

    1)Mesti fikir positif
    Ni perkara yang paaaaling penting ah!Biar aku bagi contoh senang.kalau korang tengah lemas kat laut,hanya berpaut pada sepapan kayu yang terapung,pastu bantuan sampai paling kurang pun 4 jam.Pastu korang bley plak pikir negatif,ada ikan jerunglah,hantu airlah,taik terapunglahlah,konpem korang tenggelamnye.Kalau korang pikir positif yang korang tengah belajar berenang,mesti ley bertahanlah!Silap2,tak perlukan pertolongan pun bley sampai  pantai.So,yang penting think positif.Macam mana perasaan positif tu datang?Senyum selalu.Kalau korang duk pikir negative je,nanti korang tak dapat tentukan yang terbaik untuk diri korang.
    2.DEKATKAN DIRI DENGAN TUHAN 

    Ini pun penting,korang kena ingat pada yang maha berkuasa akan qada dan qadarNYA.Mungkin kadang-kadang korang pikir betul ke keputusan korang meninggalkan/tak menerima dia semulakan?So,aku nasihat,tiap-tiap malam tu buatlah solat istiharah,mintak petunjuk DIA.Dan jangan pulak lepas sembahyang je harap terus dapat petunjuk.Kadang-kadang bertahun-tahun barulah dapat petunjuknya.Apa yang penting sabar okghey.
    3.BUANG SEGALA BARANG PEMBERIAN DARI SI DIA.
    Yang ini yang selalu ramai yang tak buat.Korang sayangkan sangat kenangan yang lepas.Benda dah lepas tu,lepaskan sajalah…Tak guna korang pandang belakang.Hidup mesti diteruskan bebeh!So,meh ikut cara aku buang kenangan korang.Korang amik semua barang-barang yang dia pernah bagi,pulangkan pada dia atau korang longgokkan dan bakar.CINCIN PUN JANGAN LUPA!!!Bakar jugak!!!Sedih tak sedih,korang kena buat jugak!Lepas bakar,korang kumpulkan abunya,buang ler kat sungai.Kalau kat laut tu buang kat orang tengah mandi tu,biar semua menggelabah berenang.
    4.CARI KAWAN-KAWAN MAMPU JADI PENDENGAR YANG BAIK
    Mesti ada efek rasa sedih nak nangis je kan?Carilah seorang pendengar yang baik,tak mencelah,tak banyak taik telinga,dan bukan kaki ngumpat.Kat sinilah perlunya member!Carilah tempat yang tenang sikit,tak bising-bising so nanti takdelah: "aaa?ape dia?....Haloo!!!cakap kuat sikit!!!"Memang raasa nak hentak je..So,cari tempat yang sesuai pada masa yang sesuai.
    5.JANGAN DUK SUNYI-SUNYI DENGAR LAGU SEDIH
    Haa…ni yang selalu buat jiwa kacau mencanak baik punya!Dok layan lagu jiwang-jiwang buat po?Banyak lagu2 metal.layan je…Walaupun korang peminat lagu-lagu jazz,tangkap lentook,nasyid,asal rasa sunyi je,bukaklah lagu-lagu yang tak mendatangkan hantu sunyi korang macam lagu berunsur rock/menaikkan adrenalin.Pastu kalau rasa tu tak bley blah,korang buat macam cara aku.Korang pegi panggung wayang,amik seat tengah-tengah,buatlah moviethon daripada pagi sampai malam..Rasa macam atas bawah depan blakang sumer member korang tengok wayang sesama an....WARNING!Jangan tengok cerita cinta!
    6.JANGAN COUPLE DALAM MASA TERDEKAT
    Bagi aku ni memang berkesan.Sebab selepas korang break up,mesti korang rasa perlukan seseorang berada disisi korang.Cuba fikir balik.Korang dah bersedia untuk dilukai lagi?Kalau sanggup,teruskanlah..Kalau tak,lepak ngan member kat warung lagi layan...
    7.ENJOY YOUR LIFE
    Last skali,please..please…please enjoy yourself…Bagaimana korang boleh hidup sebelum korang kenal dia,macam tulah korang kena buat!trylah main extreme games!masyuk dowh….bungee jumping ke,topgun takpun rollercoster.Aku memang minat bende-bende ni.Kalau tak pergi pulau then snorkeling.
    P/S:-Ni antara tipsnyalah.banyak sangat tips.So,sedikit kata-kata best,biar kita putus cinta banyak kali,asalkan kita senang selepas berkahwin dan ada sumone yang mampu menjaga korang dihari tuek(tua).
    Alhamdulillah...perhubungan aku bersama Encik Pakwe pun dah masuk setahun..Hope dapat cepat-cepatlah nikah...Amin...

    Isnin, 23 Januari 2012

    LELAKI IDAMAN SETIAP WANITA!!!

    Bukan semua lelaki sanggup setia seperti ini...Tiba-tiba emosi menguasai diri bila aku tengok video ni.Masihkan ada lelaki sebaik beliau di dunia ini,mungkin ada tapi jarang sekali untuk kita sebagai wanita dapat menemui..

    Gong Xi Fa Chai versi Komik

    kartoon nie aku dapat dari salah satu Blog yg aku follow...So meh layan jap

    hihihiiii....comel tak cartoon nie?