Sabtu, 26 November 2011

Bengang...!!! nyeeeeeeeeeeee...

ntah kenapa sepanjang minggu nie pemikiran & perasaan aku sering merasa bengang yg teramat sgt lagi-lagi kat tempat keje aku..sudah semestinya dan dimana-mana saje tempat keje akan membuatkn perasaan seseorang tu menjadi bengang apabila sesuatu perkara yg tak diingini berlaku terhadap kita,betul tak??? lagi-lagi perkara tersebut kita tak lakukan.
hmm..sepanjang minggu lepas pelbagai masalah timbul kat tempat keje aku ni first,seorang staff department aku telah di gantung keje selama 1 minggu akibat membawa masuk org luar tanpa kebenaran & dgn sesuka hatinya..al maklum la department aku ni agak terkawal tempat ye menyimpan barang-barang yg boleh dikatakan terkawal dan mempunyai nilai beribu-ribu ringgit..yg senior aku ni pn satu hal dah tahu department aku ni terkawal dan mempunyai CCTV lg mahu bawak org luar masuk lepak2 tak ke cari nahas tu!! So nak dijadikan isu hangat dlm masa yg sama timbul plak isu kehilangan barang yg berjumlah ribuan ringgit juga la..ini masalah ke-2 yg timbul dlm department aku masalah pertama tadi belum pun selesai dah timbul problem lain plak,serius ckp aku kije time tu mmg dlm keadaan tension+bengang+nak marah pun ada,yela barang tersebut plak dlm kawalan aku mahu ye aku tak risau smp pihak atasan nk buat report polis plak tu..mmg giler puye isu arrr kan...bayangkan sepanjang 5 tahun aku berkeje department tu belum pernah lagi barang2 jagaan aku hilang..yg paling aku cukup BENGANG sangat2 apabila aku dpt tahu dari mulut department lain yg pihak atasan syak aku yg songlap barang tersebut,smp je kat telinga aku time tu secara automatik aku rasa sangat sedih+kecewa+mood semangat aku utk terus berkhidmat pd company tersebut Down hingga la sekarang..yg membuatkan aku begitu bengang coz company aku ni terus membuat tuduhan terhadap staf ye tanpa usul periksa dan membuat siasatan dgn lebih terperinci dan hasilnya org yg tak bersalah teraniaya..aku tahu la korg semua berpangkat prof,pegawai,eksekutif dan seangkatan dgn ye la tp berfikiran secara profesional la dlm menangani isu kecurian ni..mentang2 korg ni berpangkat besar senang2 je tindas & menuduh staf2 bawahan korg kan..
Akhirnya dapat tahu barang tersebut telah pun diberikan kpd seorg Doctor so kes kecurian brg tersebut settle dgn adanya bukti-bukti yg kukuh oleh Doctor tersebut..tp aku kesian pd senior aku yg kene gantung kerja tu tak pasal2 dia pun dituduh curi dalam kes kehilangan barang tersebut walhal kesalahan dia hanya bawak masuk org luar je (tapi mmg salah juga la bawak org luar tu).
Pada pandangan aku kes kecurian ni tak akan kecoh kalau pihak atasan tak tahu,maksud ye disini kalau pihak penyelia & ketua berkumpul bersama-sama staff department tersebut dan membuat siasatan terperinci dan mendengar dari semua mulut org bawahan ye,ini tidak ketua hanya mendengar dari sebelah pihak dan bila isu ini menjadi lebih panas dan tak terkawal masing2 hanya mahu lepas tangan..Jangan la menghukum seseorg hanya kerna melihat bad attitude ye segala masalah yg muncul seharusnya siasat dgn lebih terperinci.

(sebab tu la aku terpaksa p bercuti disebabakan aku terlampau Bengang + Tension,supaya dpt menenangkan pikiran aku yg tengah kusut ni,aman jer duk hirup udara segar pantai ni)   


Selasa, 22 November 2011

BoLa..BoLa..Akhirnya Malaysia Menang di Sukan Sea 2011

Pada 21 November 2011 telah sedia maklum oleh rakyat Malaysia yg pemain2 Bola Sepak Negara kita akan berhadapan dgn Indonesia yg mana negara yg tidak kurang hebatnya dlm arena sukan bola sepak,betul tak??
Rintangan dan dugaan yg ditempuhi oleh Skuad Harimau Muda akhirnya membuahkan hasil apabila layak ke perlawanan akhir sekaligus menggondol Anugerah Pingat Emas dlm sepakan penalti iaitu 4-3 walaupun kita seri dgn pasukan Indonesia 1-1.Malaysia selangkah lagi mengulangi sejarah kejayaan menggengam pingat emas yg penah dikecapi 2 tahun yg lalu hihihi (seronok gak aku bila tgk dgn mata kepala sendiri Malaysia menang walaupun sebenarnya aku agak kurang berminat dlm sukan bola ni taw..)

Objektif utama Malaysia pastinya mahu pertahankan kejuaraan pingat emas yg dimenangi pd sukan SEA yg lalu.Bagi Indonesia pula semestinya ingin menebus kembali kekalahan mereka pd perlawanan sebelum ini untuk memburu pingat emas yg di'idam-idamkan,sekaligus mengembirakan penyokong fanatik mereka..tp apakan daya nasib dan rezeki menyebelahi pada pasukan bola negara kita Malaysia dlm sepakan penalti.

Sesuai dgn lagu 'Gemuruh Suara' telah membangkitkan aura semangat pd pemain2 bola sepak Malaysia kita juga dgn diiringi lagu 'Negaraku' yg telah berkumandang di Stadium Gelora Bung Karno pd sebentar tadi.
(tak sia-sia aku layan bola malam tadi taw hahaha)

"Sekali Lagi Tahniah kepada Skuad Harimau Muda Malaysia atas kemenagan Pingat Emas dalam Final Sukan SEA 2011"

    

Ahad, 20 November 2011

Apa itu 'CINTA'..??

Jam menunjukkn 3.21am,hmm tak tahu la nape malam ni aku tak dapat nk lelapkn mata so pikir puye pikir layan la jap tulis blog ni..lagipun agak lama gak aku tak update blog aku ni aL maklum la busy dgn keje mane ade masa kowt nk ngadap laptop update blog nie+(yg sebenarnya duk layan tido je balik keje hihihi).

pagi-pagi mcmni tetiba lak aku nk becerita pasal 'CINTA' (perghh!! jiwang plak aku pagi2 buta nie kan).
APA ITU 'CINTA'? soalan yg akan muncul dlm kepala aku bila aku sorang2 hahaha..Ramai yg tahu menyebut perkataan cinta,ramai yg tahu bagaimana ingin meluahkan kata2 cinta bukan..tetapi adakah kita tahu sebenarnya Apa Itu Cinta yg sebenarnya? pada pandangan aku cinta itu suci,mahal & tinggi tarafnya.sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta itu cacat..Itulah cinta sebenar cinta,tak tahu la pula pada pandangan korg tentang cinta nie,apa komen korg? boleh la kita berkongsi bersamakn.
Cinta Itu Indah,ungkapan ini sering kali kita dengarkn..walaupun kewujudan cinta tidak boleh dilihat tetapi cinta itu indah & cantik.Cantiknya itu tulen bukan saja ia cantik malahan suci murni,putih bersih..Cinta Wujud Sejak Dilahirkan,rasa cinta ini sedia wujud di dlm jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.cuma manusia akan lalui tahap2 kelahiran cinta bermula dari cinta belaian kedua ibu bapa,membawa kepada cinta pada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci maka akan cinta kpd Tuhan,wujudnya cinta itu tidak dpt dilaihat tapi dpt dirasa.Cinta Itu Hidup,cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik lalu mekar serta boleh layu & gugur.cinta itu punya deria dan perasaan ia ada segala-galanya Sayang,Benci,Cmburu,Sedih,Tenang,Tertekan,Ketawa & menanggis,saya sendiri pernah mengalami situasi perasaan tersebut
 Bagi aku cinta mmg hidup tetapi suatu ketika ia akan mati,tapi ramai org berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
APAKAH ITU BUKTI CINTA? ramai org percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yg kekasih mahukan,betul tak? mereka percaya jika itu tidak berlaku maka cinta itu tiada nilainya..Bagi aku sebenarnya anggapan itu salah,jika kita beri semua yg sang kekasih mahukan apakah yg tinggal pada kita? benarkah pasangan korg itu cintakan korg bila dia mahukan pengorbanan korg?
Cinta Sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yg dicintai,malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
So pada korg yg ada komen atau persepsi korg tersendiri tentang 'CINTA' ni boleh la kongsi kn bersama kat blog aku ni yek..jam pn dh pukul 4.17am,mata aku pn dh mula rasa pedih so waktu utk aku merehatkn minda mana la tahu pagi2 mcmni leh dpt mimpi dating dgn mamat encem ke kn hahaha...ok All annyeonghi jumuseyo (selamat tidur)

Jumaat, 11 November 2011

Blogger's

Assalammualaikum n Salam 1 Malaysia...

wah!!! macam tak caye plak aku dah terjebak buat Blog nie so kiranya i'm new bloggers la kan..kan??? mula-mula masa member aku cite pasal2 blog nie aku blur gak,yela dlm pikiran ni duk tertanya-tanya apa mende plak la blog nie??? aku bab2 laman web ni mmg tak tahu sgt la yg aku tahu duk kecoh zaman skrg ni Twitter n Facebook perghhh!!! mmg femes FB nie smp kat tempat keje aku ni CEO smp ke staf2 bawahan boleh dikatakn ada FB begitu hebat sekali penangan FB ni,iye dok???
So,nak di jadikan cite dlm kisah hidup aku pd 11/11/2011 jam 1.45am tergerak plak hati ni nk cipta gak satu blog sendiri hehehe (gelak sengal jap) yela mana taw boleh kongsi pelbagai info n kisah menarik/tak menarik dgn korg yg kaki2 blogger ni kan.Nama blog aku simple jer VirgoGirl tak taw la nape aku suka nama ni kuikuikui...nama VirgoGirl ni kalau korg nk tahu muncul dlm kepala otak aku masa tu baru lepas abis SPM tahun 2003 yela time tu baru nk berjinak-jinak n berkecimpung dlm dunia IT la katakan hihihi..dan satu lagi sebab aku pun lahir berbintangkan Virgo mungkin sbb tu la kot aku suka sgt nama VirgoGirl ni hahaha..

Jam pun dah menunjukkan 2.10am,baru-baru berkecimpung dlm menulis blog di pagi ini agak tak ada cerita sgt aku nk tulis myb next entry akan aku kongsi dgn korg la,so now aku kena la juga merehatkan minda,mata n tenaga aku ni al maklum la besok kena guna lg kederat tenaga ni,nape??? apa lagi kena kerja la wei!!!