Selasa, 22 November 2011

BoLa..BoLa..Akhirnya Malaysia Menang di Sukan Sea 2011

Pada 21 November 2011 telah sedia maklum oleh rakyat Malaysia yg pemain2 Bola Sepak Negara kita akan berhadapan dgn Indonesia yg mana negara yg tidak kurang hebatnya dlm arena sukan bola sepak,betul tak??
Rintangan dan dugaan yg ditempuhi oleh Skuad Harimau Muda akhirnya membuahkan hasil apabila layak ke perlawanan akhir sekaligus menggondol Anugerah Pingat Emas dlm sepakan penalti iaitu 4-3 walaupun kita seri dgn pasukan Indonesia 1-1.Malaysia selangkah lagi mengulangi sejarah kejayaan menggengam pingat emas yg penah dikecapi 2 tahun yg lalu hihihi (seronok gak aku bila tgk dgn mata kepala sendiri Malaysia menang walaupun sebenarnya aku agak kurang berminat dlm sukan bola ni taw..)

Objektif utama Malaysia pastinya mahu pertahankan kejuaraan pingat emas yg dimenangi pd sukan SEA yg lalu.Bagi Indonesia pula semestinya ingin menebus kembali kekalahan mereka pd perlawanan sebelum ini untuk memburu pingat emas yg di'idam-idamkan,sekaligus mengembirakan penyokong fanatik mereka..tp apakan daya nasib dan rezeki menyebelahi pada pasukan bola negara kita Malaysia dlm sepakan penalti.

Sesuai dgn lagu 'Gemuruh Suara' telah membangkitkan aura semangat pd pemain2 bola sepak Malaysia kita juga dgn diiringi lagu 'Negaraku' yg telah berkumandang di Stadium Gelora Bung Karno pd sebentar tadi.
(tak sia-sia aku layan bola malam tadi taw hahaha)

"Sekali Lagi Tahniah kepada Skuad Harimau Muda Malaysia atas kemenagan Pingat Emas dalam Final Sukan SEA 2011"

    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan