Pada entri kali ni aku nak ceritakan benda-benda yang akan membuatkan kaum 'Tentera Bergajah' ni di reject oleh kaum hawa yang mana ada sesetengah lelaki rasakan benda ni cool tapi tak cool pun pada kaum hawa atas sebab-sebab tertentu ataupun annoying.Jadi ini antara ciri-ciri lelakinya:-
Lelaki Crutt Crutt
- Ok dalam erti kata lain lelaki yang suka sweet-sweet perempuan ataupun tikus jadian.Helooo zaman
sekarang dah tak main ler sweet-sweet nie,lagi menambahkan benci adalah.Kalau kena jelingan tajam
sebagai tanda benci oleh awek tu takpe gak.Jangan sampai awek tu pusing tunjuk jari hantu *fuck* kat
korang sudaaa...
Lelaki yang bajet Cool
- Lelaki yang bajet macam cool nie terpengaruh akibat dari lakonan Farid Kamil dalam i'm not single &
Lagenda Budak Setan gitu..setiap pergerakan yang di lakukan mestilah nampak steady dan slow.Kira
kehidupan diaorang ni diiringi muzik ala-ala romantis gitu.Tapi bila dah terlebih bajet cool ni,bukan
perempuan jer member laki tengok pun dah naik meluat yoo...nak jaga personaliti la katakan,contoh paling
mudah,nak ajak pergi kedai mamak depan rumah memalam pun kena smart-smart wei siap pakai spek
warna hitam kuali lagi..so korang rasa macho ke buta tu hihihi...
Lelaki yang terlebih lelaki
- Lelaki macam ni biasanya merasakan dia ni anti-perempuan.Tak pun kena sentiasa nampak kerek dan
ketat.Kalau pandang muka lelaki macam ni biasanya mata dia mesti macam mata orang ajak gaduh sambil
mulut dia terkunci ketat punya.Kena ubah perangai macam ni bro,apa yang u all bagi, itu yang akan
perempuan balas.Tunjuk muka masam jer sapa nak dekat bro..Tapi kalau buat muka ketat ok lagi.Tapi
kalau perempuan tau ko ni kaki pukul perempuan,ko dah boleh lupakan impian nak kahwin dengan
perempuan.Tapi dengan binatang boleh lagi kowt hahaha...
Lelaki yang suka bocor rahsia perempuan
- Hadoi...lelaki macam ni memang akan jadi bualan dan siulan para wanita.Suka benar menyibuk kalau
perempuan bergosip la kan..Kalau tak dapat join mulalah kata perempuan tu sombonglah,nak
merajuklah.Tapi bila dapat join jer dia punya perangai kalah perangai perempuan.Dia akan menyebarkan
rahsia tu sehingga ke 7 daerah berdekatan,habis semua orang dian nak bagitau..Papa jarum alaf baru la
katakan...
Lelaki yang tak pandai jaga hati perempuan
- kalau korang sang jejaka nak tahu,majoriti perempuan ni mengharapkan lelaki memahami diri diaorang
sebab diaorang ni kaum yang lemah kerana hati diaorang seperti roti tisu yang mudah koyak,cepat
terluka.Jadi kalau kaum lelaki ni suka benar kacau perempuan tak kena tempat,sampai waktu dia sedih pun
korang boleh happy terlompat-lompat macam beruk daa kacau kaum hawa ni,so macam mana nak nampak
gentleman oii...
Lelaki yang pengotor
- Uuuiihhh zaman sekarang ni ramai lelaki dah sedar benda ni sebab tu ramai dah mula ambil berat pasal
diri.Tapi masih ada juga yang abaikan benda ni..perghhh kena plak yang ketiak berbau cendawan
basi,stoking bau kering bak Pulau Pangkor,misai janggut,bulu hidung,bulu ketiak dan segala bulu-bulu yang
ada tak terurus hingga boleh buka bisness ternak lalat.kuku tu pulak ada kesan makanan yang baru keluar
daripada perut,eeeeyyeekkk!!!
Lelaki yang suka cerita benda-benda lucah
- Laki macam ni tak akan dapat banyak pilihan untuk pilih perempuan.Kalau ada perempuan yang tunjuk
minat kat korang tu cepat-cepat la kahwin.Siapa tahu mungkin dia 1 dalam berjuta je yang dapat terima
perangai korangkan hihihi...Lagipun kalau dah mampu kahwin tunggu apa lagi kahwin je la,kalau 'Benda' tu
dah gatal tak elok ditunggu lama-lama.mengular nanti...