Khamis, 23 Februari 2012

23.2.2012 (pergi interview)

Hmm...rasa macam baru semalam masuk bulan February,pejam celik pejam celik dah 23hb.Semalam gaji hari ni mula la bajet senarai mana2 hutang yg perlu dijelaskan utamakan dahulu barulah simpan sikit,shopping sikit (kalau shopping pn aku nk shopping menda sbb aku bukan kaki shopping hahaha).
Baru masuk bulan February taw dah mcm2 isu hangat+hot melanda kat department tempat keje aku skrg,mana silap ye pun,ntah laaa susah nak cakap wei..disebabkan mcm2 masalah timbul kat tempat keje so mood aku nak keje dgn semangat yg baik n happy pun dah mula sepoi dowh.!!!
kena plak skrg ni department aku yg tinggal budak paling senior aku mmg agak rasa sikit sebanyak kena beban keje lebih gak laaa tapi nak tak nak sebagai seorang pekerja so i must tunjuk sebagai pekerja yg elok kan kan...
Semalam pukul 8.04pm memang agak terkejut beruk arrr sebab terima panggilan interview beb mane tak terkejut ye hantar resume isnin tup tup rabu dah terima panggilan,1 lagi yg buat aku terkejut lagi company tu dekat menara berkembar Petronas..Al maklum la selama ni just berangan-angan n tengok dari luar je wei!! korang ingat senang ke nak dapat masuk kat bangunan office berkembar petronas tu,kawalan ketat gilerzzzzzzz siot!!! so far mmg aku rasa bertuah+teruja la dapat masuk walaupun just datang interview je dapat ke tak itu belakang cite la kan ( kalo dpt mmg syukur Alhamdulillah sgt2 kowt!!!)

    (aku interview kat Tower 1 Level 36,tinggi siot!!!)

So far,Alhamdulillah sesi interview petang tadi berjalan dgn lancar,syukur sangat2 sebab penemuduga ye pun caring n tak de la suasana serius sangat so gemuruh aku tak la tinggi sangat hihihi...Kalau di takdirkan rezeki aku ada disini mungkin aku akan terima bergantung juga pada gaji yg di tawarankan oleh syarikat ni la hihihi...tapi aku mmg happy & bertuah arrr dapat masuk office Petronas nie...

Apa2 pun urusan untuk hari ini berjalan dengan sempurna :-)

Rabu, 1 Februari 2012

Selamat Tinggal January...Selamat Datang February

hmm..pejam celik makan tido tup tup dah hari terakhir kita di dalam bulan January kan,rasa macam baru semalam kita melangkah ke tahun 2012 nie.
Baru je lepas cuti perayaan Tahun Baru cina selama 2 hari,cuti lagi besok 1hb February cuti plak (Federal Territory Day) banyak sungguh cuti umum awal-awal tahun ni ye i like hihihi...besok dah masuk February kan,sebut pasai bulan ni saje ler nak kongsi dgn korg pasai 'Rahsia Bulan Kelahiran'.So sapa-sapa yang lahir pada bulan february tu meh baca ada persamaan ke idok dengan korang.

FEBRUARY 
  • sukakan benda yang realiti dan abstrak
  • intilegant,bijak dan genius
  • berpesonality yang mudah berubah
  • mudah menawan orang lain
  • agak pendiam,pemalu dan rendah diri
  • jujur dan setia pada segalanya
  • keras hati untuk mencapai matlamat
  • tidak suka dikongkong dan mudah memberontak
  • suka kegiatan lasak
  • emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
  • mudah mempamerkan amarahnya
  • tidak suka pada benda yang remeh temeh
  • suka berkawan tapi kurang mempamerkanya
  • sangat berani dan suka memberontak
  • bercita-cita tinggi,suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikannya
  • pemerhatian yang tajam
  • suka hiburan dan sukan
  • suka benda yang bersifatkan seni
  • sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
  • bercederung pada benda-benda yang tahyul
  • amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
  • belajar untuk mempamerkan emosi
So,u all yang lahir bulan February ni rasa-rasa ada tak sama dengan fakta diatas???