Ahad, 18 Disember 2011

Hadiah Yang Selalu Perempuan Impikan Daripada Seorang Lelaki

Arioss semua!! agak lama gak aku tak update blog aku ni takde masa sangat la sekarang nie hihihi..kali ni aku nak berkongsi pasal 'Hadiah' iaitu hadiah yang selalu orang-orang perempuan impikan daripada seorang yang bergelar Lelaki,tak kisah la boyfriend,suami atau ayah korang sekalipun kan..kan..
Selalu kalau dah tiba harijadi mesti kaum lelaki ni akan gelabah dan persoalan macamni bermain dalam minda 'nak bagi hadiah apa ek?'...'bagi ni ok tak?' dan macam-macam soalan yang kadang-kadang kaum lelaki ni anggap perkara ni remeh-temeh,betul tak kaum lelaki??? Tapi apabila dah mula berpunya,mulalah pening lalat duk pikioq hadiah yang sesuai untuk pasangan sampai ke internet dicari info ye hihihi...
So buat apa pa nak gelabah-gelabah,lelaki sejati kena cool jer,itu pasal la korang yang bergelar lelaki tu leh baca entri aku kali ni.Sebenarnya bagi apa pun perempuan tak kisah asal 'IKHLAS'.Tapi ada benda perempuan selalu nak sangat dari lelaki,nak tahu apa dia??? ini dia :-

CINCIN/RANTAI
Kebanyakan perempuan memang mengharapkan kaum lelaki bagi benda ni,sebab apa? yela benda ni bawa maksud yg mendalam lor apabila diberi padi mereka.Tapi sebab itu jugalah kalau boleh elakkan daripada bagi cincin/rantai ini kerana sesetengah perempuan akan menggangap anda memberi harapan terlalu tinggi kat si dia.So,kalau boleh cuba elakkan..Bagi la benda ni pada waktu hari pertunangan/perkahwinan korang kan lebih bermakna sure orang perempuan akan rasa terharu huhuhu...




ANAK PATUNG
Bukan sebarang anak patung taw! anak kepada bapak patung punya hahaha..Perempuan ni walaupun dalam kelembutan,masih ada ganasnya.Kalau tak percaya cuba bagi anak patung yang bersaiz besar atau bapak besar mesti bila dah dapat tu,mula-mula dia akan peluk,lepas tu peluk kuat lagi..kuat lagi dan lagi akhirnya segala skill wrestling dia bantai kat anak patung tu hahaha (sebab aku pun mcmtu).Lagipun kalau si dia tak dapat peluk pakwe ye dapat tidur peluk teddy bear pun jadilah hihihi...tapi pastikan taye dulu dengan pasangan suka teddy saiz macamne,bukan apa sekali dah beli konon-konon nak buat suprise tup tup tak suka plak sebab dia takut besar sangat nanti hidup kuang kuang..Dan jangan pulak si lelaki ni p tanya tu nampak sangat nak belikan so dah tak suprise la kan (pandai-pandai la kaum lelaki pun buat saje-saje tanya).

MASAKAN
Benda yang biasa bagi kaum lelaki tetapi sebenarnya luar biasa bagi kaum perempuan.Tak payah nak habiskan beratus-ratus ringgit semata-mata nak bagi dia happy.Masak je nasi goreng special ke ataupun kalau nak nampak grand masak la beef stick lepas tu buat CandleLight Dinner.Perghhhh!!! mesti dia terharu+cair dengan layanan anda tu,tak caya hmmm cubalah.Tak sedap tak apa yang penting sendiri buat sebab kaum perempuan ni tak suka kalau ditipu huhuhu.

HANDMADE 
Yang ni lebih kepada kraftangan.So,buatlah benda-benda yang simple je.Contohnya,korang beli satu botol lepas tu buat star yang mana setiap satu star dalam tu ada tulis 'I LOVE U' atau ayat-ayat yang romantik.Jangan plak korang tulis benda-benda yang merepek tak tentu hala..Romantik sikit la broo lepas tu nanti kalau bosan-bosan atau sedih mesti dia akan bukak botol tu and baca setiap apa yang korang tulis tu.
Betoi..tak tipu...





p/s:- Akhir sekali,perkara yang paling mudah tak perlu kuarkan satu sen duit pun ialah perhatian korang terhadap si dia.Macamne korang selalu hargai si dia,setia pada dia,ambil perhatian bila dia cakap dan ambil berat pasal dia dah cukup.Tak guna kalau couple tapi dia je yang syok sendiri.Apabila dia call,korang boleh plak tak angkat handset yang kat sebelah je sebab dah leka dengan ipad,tab,iphone,psp and apa-apa la kan.Lupakan sekejap benda-benda tu der..kalau rasa awek korang tu menggangu maksudnya korang belum bersedia nak bercinta ni kan?

Kesimpulannya,tak perlu beli benda mahal-mahal.Perempuan ni sebenarnya suka pemberian ikhlas daripada seorang lelaki yang dicintai.Beli benda-benda yang selalu dia guna pun dah kira ok... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan